Pembelian serendah RM5, ini dia Akaun Emas YaPEIM (SERY) dan cara membuka akaun

Kepada yang masih belum tahu, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) baru-baru ini telah memperkenal sebuah produk baru yang dikenali sebagai Akaun Emas YaPEIM (SERY). Melalui akaun ini, pelanggan akan boleh menjual, membeli dan menyimpan emas pada harga harian SERY dalam Ringgit Malaysia (RM) secara mudah dan selamat.

Harga emas melalui akaun ini juga lebih murah dari kebiasaan kerana ia menggunakan harga emas antarabangsa. Malah, nilai pembelian juga sangat rendah iaitu minimum serendah RM5 sahaja.

Disebabkan kelebihan tersebut, pelanggan dijangka boleh membuat keuntungan dengan lebih baik bila berlakunya kenaikan harga emas. Ia sememangnya selaras dengan status emas itu sendiri sebagai medium simpanan dan pelaburan yang kukuh untuk masa hadapan.

Bagi mereka yang ingin membuka akaun SERY, terdapat dua kaedah yang boleh digunakan iaitu melalui emas dan tunai. Kepada yang ingin membuka akaun ini menggunakan emas fizikal pula, pelanggan boleh menukar emas berkenaan ke Akaun SERY dengan menjual emas itu di Ar Rahnu YaPEIM dan kemudiannya menggunakan wang tunai itu membuka Akaun SERY.

Bagi ketulenan emas di Akaun SERY, pelanggan tidak perlu risau kerana pihak YaPEIM telah menetapkannya pada tahap 99.9% dan 91.6%. Syarat penjualan emas di dalam Akaun SERY pula adalah seperti berikut:

  1. Tunai: Minimum pengeluaran tunai adalah bersamaan 1 gram nilai emas (nilai semasa);
  2. Fizikal Emas: Minimum pengeluaran fizikal adalah sebanyak 10 gram emas.

 

Cara membuka Akaun Seri

Bagi mereka yang berminat dan mahu membuka Akaun SERY, pembukaan boleh dibuat di mana-mana cawangan Ar Rahnu YaPEIM. Selepas itu, bagi memudahkan urusan – pelanggan digalakkan untuk memuat turun aplikasi DIYA di telefon pintar masing – masing.

Ini kerana, aplikasi ini membolehkan pelanggan mengekses semua produk YaPEIM dan boleh berurusniaga secara lebih mudah pada bila-bila masa serta di mana sahaja.

Syarat kelayakan memuat turun aplikasi ini adalah:

  1. Menjadi Ahli Skim di bawah Koperasi YaPEIM Berhad.
  2. Mempunyai kad pengenalan.
  3. Mempunyai emas dan/atau wang.
  4. Berumur tidak kurang dari 18 tahun mengikut tarikh kelahiran.

 

Berkenaan pengeluaran tunai dari aplikasi ini pula, ia ditetapkan sebanyak RM25,000 bagi satu transaksi dan maksimum pengeluaran pada sehari adalah sebannyak RM50,000.

________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…