bila air percuma

Pemberian Bil Air Percuma 2024: Syarat-syarat, senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini diberikan dengan objektif untuk meringankan beban mereka yang memerlukan, khususnya dari kalangan B40 dan M40.

Salah satunya adalah dengan memperkenalkan Pemberian Bil Air Percuma. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini:-

Pemberian Bil Air Percuma 2024

Program yang dimaksudkan ini adalah Skim Air Darul Ehsan (SADE) di bawah payung Iltizam Selangor Penyayang (ISP). Melalui skim ini, mereka yang layak boleh menerima bantuan bil air percuma setiap bulan sehingga akhir tahun 2024.

Syarat-syarat kelayakan bagi skim ini adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang);
  • Premis kediaman meter individu;
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.

 

Dalam masa sama, dimaklumkan bahawa penghuni pangsapuri kos rendah yang menerima bekalan air melalui akaun meter pukal akan terus menerima 20đť‘š3 air percuma di bawah SADE secara automatik sehingga 31 Disember 2024, mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

Selain itu, permohonan secara manual juga boleh dilaksanakan dengan mengisi Borang Permohonan SADE dan menghantarnya ke alamat e-mel: [email protected] atau melalui Kaunter Perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju melanjutkan tempoh SADE untuk 3 tahun bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2024 dan pendaftaran adalah dibuka sepanjang tahun.

Bagi yang telah diluluskan permohonannya, tetapi membuat keputusan untuk menamatkan SADE, ia boleh dibuat atas sebab-sebab berikut:

  • Berpindah ke rumah baru/premis lain;
  • Pertukaran Pemilikan Akaun Air;
  • Perintah Mahkamah untuk mengosongkan premis;
  • Penerima SADE meninggal Dunia;
  • Penamatan Akaun Bekalan Air atau sebab-sebab lain seperti yang tercatat dalam Borang Permohonan Penamatan/Pembatalan
    SADE.

 

Borang Permohonan Penamatan/Pembatalan SADE boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi Air Selangor. Pemohon dikehendaki membaca nota arahan dan hantar borang permohonan yang telah lengkap dengan lampiran (jika berkenaan) ke [email protected] atau
melalui mana-mana 10 Kaunter Perkhidmatan Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. bersama Borang Permohonan SADE bagi permohonan semula akaun/premis SADE yang baru (jika berkenaan) untuk proses seterusnya.

Maklumat lengkap berkenaan SADE dan borang permohonan, boleh rujuk – DI SINI.  Manakala, permohonan secara atas talian (online) boleh dibuat – DI SINI.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Selangor turut memperkenalkan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Insan Istimewa (SMIS). Ahli yang telah berdaftar di bawah SMUE dan SMIS akan mendapat manfaat-manfaat berikut:

  • Baucar RM 150 diberikan setiap tahun semasa ahli masih hidup;
  • Khairat Kematian sebanyak RM 500.

 

Syarat-syarat kelayakannya adalah seperti berikut:

  • Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
    • Warganegara Malaysia; DAN
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
    • Masih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian)
    • Sedang menetap di Negeri Selangor minimum 15 tahun (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja)
    • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
  • Skim Insan Istimewa (SMIS)
    • Warganegara Malaysia; DAN
    • Tiada had umur; DAN
    • Pemegang Kad OKU JKM; DAN
    • Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
    • Pemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor; ATAU
    • Pemohon berusia bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi di Selangor.

 

Maklumat lanjut berkenaan Skim Mesra ini boleh dirujuk di Portal Rasminya– DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…