Pembiayaan sehingga RM10,000 untuk beli motosikal ~ Cara memohon TEKUN Mobilepreneur 4.0

Sepanjang keadaan negara yang berdepan dengan ancaman pandemik ini, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan kepada masyarakat khususnya kepada mereka yang kehilangan pekerjaan atau memerlukan modal bagi menjana pendapatan.

Prihatin dengan keadaan itu, TEKUN Nasional telah memperkenalkan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 iaitu merupakan kesinambungan Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Melalui skim ini, mereka yang layak boleh mendapat pembiayaan antara RM1,000 hingga RM10,0000 bagi membuat pembelian motosikal, baik pulih motosikal atau sebagai modal pusingan. Berikut adalah penerangannya secara lebih terperinci:-

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang yang muflis.
  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT).
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Perinciaan pembiayaan

  • Tempoh bayaran balik: 1 hingga 3 tahun
  • Kadar keuntungan: 4 peratus setahun
  • Tempoh pemprosesan: 7 hari bekerja

Cara memohon

Bagi yang berminat, permohonan TEKUN Mobilepreneur 4.0 boleh dibuat di Pejabat Cawangan TEKUN berhampiran bagi mendapatkan penerangan dan borang permohonan.

Dimaklumkan juga bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik mana-mana ejen/wakil bagi urusan permohonan skim ini.

Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:

  • Borang permohonan pembiayaan (JPP02 / JPP25 / JPP17)
  • Gambar pemohon ukuran passport
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang
  • Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah
  • Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
  • Salinan geran motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Salinan cukai jalan motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
  • Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir)
  • Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon)
  • Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan skim ini, ia boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Musim persekolahan baharu semakin menghampiri, dan ibu bapa pastinya sibuk membuat persiapan bagi memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lancar.…
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

Keperluan rakyat merupakan elemen asas dalam membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera dan negara yang maju. Setiap individu mempunyai keperluan asas…