PEMERKASA 2021: Bukan lagi RM100, Bantuan E-wallet Belia kini dinaikkan kepada RM150

Jika sebelum ini kerajaan memberikan nilai kredit e-wallet sebanyak RM100 kepada para belia, melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) – nilai itu telah ditingkatkan kepada RM150 iaitu dengan penambahan sebanyak RM50.

Perkara dilaksanakan di bawah Program eBelia bagi menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai di kalangan para belia dan akan dimanfaatkan oleh dua juta orang penerima dengan peruntukan sebanyak RM300 juta.

Mereka yang bekelayakan untuk menerima bantuan ini adalah:

  • Golongan berusia 18 hingga 20 tahun; DAN
  • Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa

 

Program ini akan dilaksanakan mulai bulan Jun 2021 dan cara pengkreditan berkemungkinan sama seperti program eTunai Rakyat dan ePenjana sebelumnya. Maklumat lebih lanjut dijangka akan dijelaskan oleh Kementerian Kewangan nanti.

Apa yang pasti, para penerima yang layak perlulah memuat turun aplikasi e-wallet seperti TNG e-wallet, Grab atau Boost bagi mendapatkan bantuan ini.

Selain itu, kerajaan juga telah memperkenalkan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) yang akan diperluas dengan tambahan peruntukan RM10 juta, menjadikan peruntukan keseluruhan untuk 2021 bagi program ini sebanyak RM21 juta.

Melalui program ini pula, seramai 1,800 peserta akan mendapat manfaat latihan keusahawanan dan peralatan yang akan dibekalkan secara percuma bagi mengikuti bidang dan kursus disertai.

Sumber: Berita Harian & PEMERKASA.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…