PEMERKASA+: Geran Khas Prihatin (GKP) kini dinaikkan dari RM1,000 kepada RM1,500

Seperti mana yang semua sedia maklum, bermula dari 1 hingga 14 Jun 2021 ini, kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) di seluruh negara bagi mengekang penularan pandemik yang masih belum reda.

Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) itu, kerajaan sedar tentang perlunya pakej bantuan kepada rakyat yang terjejas dan terkesan dengan pelaksanaannya.

Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan program PEMERKASA Tambahan (PEMERKASA+) bernilai RM40 bilion bagi rangsangan ekonomi dan membantu rakyat menghadapi PKP 3.0.

Selaras dengan program berkenaan, kerajaan bersetuju untuk menaikkan jumlah bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) dari RM1,000 kepada RM1,500.

Justeru, mereka yang layak akan menerima RM1,000 pada pertengahan bulan Jun dan baki RM500 selebihnya akan disalurkan pada bulan Julai 2021.

“Kerajaan akan terus membantu untuk memastikan kelangsungan perniagaan, khususnya kepada PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka. Salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan adalah melalui pemberian Geran Khas Prihatin atau GKP…

Ini bermakna, hampir 1 juta PKS dan perusahaan mikro akan menerima 1,000 ringgit pada pertengahan bulan Jun dan 500 ringgit lagi akan disalurkan pada bulan Julai,” – Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri.

Berikut adalah tatacara membuat semakan GKP:

  1. Pergi portal rasmi GKP: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan ID Pengguna
  3. Klik butang Semak
  4. Lihat pada Status Permohonan untuk tahu sama ada permohonan diluluskan atau tidak

 

Berkenaan dengan cara pembayaran bantuan, ia akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 3.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0. Akaun bank persendirian pemohon tersebut mestilah sama ada akaun bank simpanan/semasa yang aktif sahaja.

Jika pemohon gagal mengemukakan maklumat akaun bank semasa permohonan dibuat, proses pembayaran tersebut akan gagal dan bayaran akan terbatal, kerana pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank simpanan/semasa yang aktif sahaja.

Bagi sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP, pemohon boleh menghubungi HasilCare Line di talian: 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…