PEMERKASA+: Kerajaan umum bantuan dari RM100 hingga RM500 di bawah BPR Tambahan

Bermula dari 1 hingga 14 Jun 2021, kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) di seluruh negara bagi mengekang penularan pandemik yang masih belum reda.

Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) itu, kerajaan sedar perlunya pakej bantuan kepada rakyat yang sudah pasti terjejas dan terkesan dengan pelaksanaannya.

Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan program PEMERKASA Tambahan (PEMERKASA+) bernilai RM40 bilion bagi rangsangan ekonomi dan membantu rakyat menghadapi PKP 3.0.

Sehubungan itu, kerajaan akan memberikan Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan (BPR Tambahan) seperti berikut:

  • Isi rumah pendapatan bawah RM2,500: BPR Tambahan RM500
  • Isi rumah pendapatan RM2,501 hingga RM5,000: BPR Tambahan RM300
  • Golongan bujang: BPR Tambahan RM100

 

Kesemua bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank para penerima BPR sebelum ini pada hujung bulan Jun 2021. BPR Tambahan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.

Program PEMERKASA PLUS dilaksanakan berlandaskan tiga matlamat utama iaitu mempertingkat kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda Prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata kerajaan berusaha sedaya upaya untuk mengimbangi urusan melindungi nyawa dan menjamin kesejahteraan rakyat.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…