PEMERKASA: Kerajaan umum bantuan RM500 one-off kepada B40 dan penerima BPR

Melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), kerajaan akan memberikan bantuan RM500 secara one-off kepada golongan B40 yang kehilangan pendapatan.

Selain itu, bayaran tambahan RM500 juga akan diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.

Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin – kedua-dua bantuan khas itu akan dibayar mulai Jun depan ke akaun penerima. Ia juga akan melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun dan tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.

“Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO.” – PM

Menurut maklumat yang dikongsikan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebelum ini, seramai lebih 7 ribu pekerja telah ditamatkan perkhidmatan akibat pelbagai faktor, setakat 11 Februari tahun ini.

Dari jumlah itu, antara punca utama kehilangan pekerjaan berkenaan adalah akibat Рpengecilan tenaga kerja, penutupan perniagaan, serta ditawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) atau Skim Pemisahan Bersama (MSS).  Selain itu, terdapat juga yang kehilangan pekerjaan akibat masalah kewangan syarikat dan kerana ditamatkan kontrak perkhidmatan.

Lebih terperinci lagi, B40 bermaksud isi rumah yang memperolehi pendapatan 40 peratus terendah dari jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia. Ia juga merujuk kepada pendapatan di bawah RM4,849.

Terdapat beberapa pembahagian isi rumah dalam kategori B40 ini iaitu mereka yang berpendapatan bawah RM2,500 diletakkan dalam kategori B1, RM2,501 hingga RM3,169 dalam B2, RM3,170 hingga RM3,969 dalam B3; manakala RM3,970 hingga RM4,849 adalah di bawah B4.

Sementara itu, kerajaan juga menetapkan harga siling bagi RON95 dan diesel pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter. Menurut Muhyiddin, ia bertujuan untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak ketika ini.

Sumber: Berita Harian.

______

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…