Pemohon lulus Rayuan BPR 2021 layak terima BPR Tambahan ~ Cara mohon & tarikh bayaran

Rentetan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) di seluruh negara sejak awal Jun lalu, kerajaan telah memperkenalkan program PEMERKASA Tambahan (PEMERKASA Plus) bernilai RM40 bilion bagi merangsang ekonomi dan membantu mereka yang terjejas.

Antara yang diumumkan termasuklah Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan (BPR Tambahan) bagi meringankan beban mereka yang terjejas, khususnya daripada golongan B40.

Berikut ada nilai BPR Tambahan dan syarat-syarat kelayakannya:

  • RM500 – Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
  • RM300 – Isi rumah dengan pendapatan RM2,501 – RM5,000.
  • RM100 – Bujang / Ibu Bapa Tunggal tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
  • RM100 – Bujang berumur 59 tahun dan ke bawah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah.

 

Apa yang pasti, semua penerima atau pemohon yang lulus permohonan BPR 2021 akan menerima bantuan ini dan tidak akan melibatkan sebarang permohonan baru.

Namun, bagi mereka yang tidak lulus BPR 2021 – mereka tidak akan menerima bayaran BPR Tambahan ini dan disarankan untuk membuat rayuan yang dibuka mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021.

Tetapi, jika rayuan mereka diluluskan, menurut Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz – mereka juga akan layak menerima bayaran BPR Tambahan seperti yang diumumkan ini.

“Selepas pangkalan data dikemaskini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon akan disalurkan pada Ogos ini bagi BPR Tambahan dan September 2021 untuk BPR Fasa 3.” – Katanya, petikan dari MalaysiaGazette.

Permohonan Rayuan BPR 2021

Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dikemukakan melalui dua kaedah iaitu:

  • Secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BPR LHDNM ATAU
  • Penghantaran Borang Rayuan BPR 2021 di Cawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH)/Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu.

 

Bagi permohonan secara atas talian, pemohon boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Log Masuk di Portal Rasmi BPR.
  • Klik menu MyBPR.
  • Klik pada ‘Permohonan Rayuan’.
  • Lengkapkan borang permohonan rayuan seperti yang diminta.

 

Pemohon juga dikehendaki memberikan/memuat naik dokumen sokongan bergantung kepada kod tidak lulus Permohonan BPR 2021. Untuk kaedah temujanji, ia boleh dirujuk DI SINI.

Semakan status rayuan boleh dibuat di portal sama dengan klik Menu MyBPR > Maklumat Rayuan. Cetakan juga boleh dibuat pada Menu berkenaan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pada ketika ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…