Pendapatan bawah RM2,208/sebulan: Ini cara memohon bantuan bulanan RM350

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Antaranya termasuklah Bantuan Am Persekutuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bantuan ini mempunyai objektif untuk diberikan kepada individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar Bantuan

Kadar Bantuan Am Persekutuan yang ditetapkan adalah minimum sebanyak RM100 seorang dan maksimum RM350 sekeluarga, yang dibayar secara bulanan kepada yang layak.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan
    bulanan JKM lain; atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM).

 

Berdasarkan pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) – Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) di Malaysia adalah sebanyak RM2,208 dan khusus bagi Wilayah Persekutuan pula:

  • W.P Kuala Lumpur: RM2,216
  • W.P Labuan: RM2,633
  • W.P Putrajaya: RM2,128

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat di cawangan-cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Untuk maklumat lanjut dan lengkap berkenaan bantuan ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Di Malaysia, golongan pendapatan sering dikategorikan kepada B40, M40, dan T20. Istilah ini digunakan untuk merancang dasar ekonomi dan bantuan…
Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

Bersara merupakan satu fasa kehidupan yang dinantikan oleh kebanyakan individu setelah bertahun-tahun bekerja. Namun, kehidupan selepas bersara bukan sekadar berehat…