Pendapatan bawah RM3,000: Ini cara memohon bantuan ‘one-off’ di bawah SDEP

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan, bagi membantu mereka yang memerlukan – terutamanya dari kalangan B40.

Antaranya termasuklah dari Yayasan Pendidikan MARA (YPM), iaitu sebuah yayasan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang bertujuan untuk:

  • Menubuh, menerima dan mentadbir kumpulan wang bagi kemajuan pendidikan, saintifik dan teknologi untuk Melayu dan Bumiputera.
  • Menubuhkan dan menyelenggara biasiswa, pinjaman, pemberian dan bantuan kewangan yang lain kepada Melayu dan Bumiputera bagi maksud membolehkan mereka meneruskan pengajian.
  • Mengadakan bantuan kewangan ke arah memperbaiki standard pendidikan Melayu dan Bumiputera dalam semua bidang.
  • Menyumbang bantuan kewangan ke arah penyelidikan dan pengajaran sainstifik bagi maksud meningkatkan taraf hidup Melayu dan Bumiputera.
  • Mengadakan bantuan atau pertolongan lain yang bersampingan dengan atau sesuai bagi pencapaian tujuan tersebut.

 

Antara bantuan yang diperkenalkan oleh YPM adalah:

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)

Melalui SDEP, pihak YPM akan menyediakan bantuan kewangan secara one-off bagi meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).

Perlaksanaan SDEP INI diberikan hanya sekali dalam tempoh pengajian sebagai salah satu langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah agar mereka dapat meneruskan pengajian tanpa sebarang kesulitan.

Objektif utama SDEP adalah:

  • Membantu meringankan beban pelajar yang mempunyai masalah yuran tertunggak;
  • Membantu pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman.;
  • Membantu pelajar yang teraniaya atau tertipu oleh institusi pengajian;
  • Menyediakan sara hidup bagi pelajar yang memerlukan;
  • Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang efisien, cepat, tepat dan betul.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Bumiputera warganegara Malaysia;
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000 sebulan;
  • Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin memohon bantuan ini, ia boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun di portal rasmi YPM – DI SINI.

Akan tetapi, permohonan SDEP ditutup buat sementara waktu dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Apa yang pasti, pada tahun ini – seramai 1,099 pelajar kurang berkemampuan di IPTA seluruh negara telah menerima manfaat di bawah SDEP.

Untuk maklumat lengkap berkenaan SDEP, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…