Pendapatan bawah RM3,000/sebulan : Ini skim-skim bantuan YPM yang kita boleh mohon

Untuk makluman, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) adalah sebuah perbadanan yang mempunyai visi untuk menjadi sebuah yayasan unggul dalam memperkasakan taraf pendidikan dan sosio ekonomi bangsa Melayu dan Bumiputera.

Oleh itu, pihak YPM telah memperkenalkan pelbagai skim bantuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan, khususnya kepada golongan B40. Berikut adalah senarai skim-skim bantuan yang diperkenalkan di bawah YPM: –

Pembiayaan Pendidikan Tertiari (PPT)

Melalui PPT, pihak YPM menyediakan kemudahan pembiayaan pendidikan kepada pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak – bagi melanjutkan pengajian di peringkat Pra Universiti, Sijil dan Program Kemahiran.

Syarat-syarat Kelayakan PPT

  • Bumiputera , warganegara Malaysia;
  • Pelajar telah menerima tawaran pengajian atau telah mendaftar pada pengambilan semasa;
  • Lulus temuduga yang dikendalikan oleh YPM;
  • Pemohon mestilah memenuhi syarat status sosio ekonomi keluarga dengan pendapatan purata isi rumah tidak melebihi RM2,000 sebulan;
  • Pelajar tidak menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi/badan penaja lain untuk peringkat pengajian yang sama.

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) adalah merupakan sebuah bantuan kewangan one-off yang diberikan kepada pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.

Syarat-syarat Kelayakan SDEP

  • Bumiputera warganegara Malaysia;
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM3,000 sebulan;
  • Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.

Skim Bantuan Persekolahan (SBP)

Skim Bantuan Persekolahan YPM (SBP) pada asasnya merupakan bantuan berbentuk peralatan / kelengkapan persekolahan / wang tunai yang diberikan kepada pelajar miskin bagi meringankan bebannya dan ibu bapa pelajar.

Skim ini juga terbahagi kepada lima kategori iaitu:

  • Skim Bantuan Persekolahan – Rendah & Menengah: Bantuan ‘one- offโ€™ kewangan kepada pelajar bagi keluarga yang berpendapatan rendah dengan kadar maksima RM500 (Menengah) dan RM300 (Rendah).
  • Skim Bantuan Persekolahan โ€“ NGO / Rakan Strategik: Kerjasama strategik bersama organisasi / institusi / pertubuhan dan pihak lain yang berkaitan dalam menjayakan program bantuan berbentuk kewangan / barangan / peralatan yang berkaitan dengan keperluan persekolahan kepada pelajar.
  • Skim Bantuan Persekolahan โ€“ Program Khas: Kerjasama strategik bersama organisasi / institusi / pertubuhan dan pihak lain yang berkaitan dalam menjayakan program bantuan berbentuk kewangan / barangan / peralatan yang berkaitan dengan keperluan persekolahan kepada pelajar yang diluluskan oleh Pengurusan / Lembaga Pengarah YPM.
  • Skim Bantuan Khas Persekolahan: Bantuan kepada pelajar-pelajar atau institusi / organisasi / pusat-pusat kebajikan / lain-lain yang berkaitan yang ditimpa bencana atau musibah (kebakaran, banjir, kemalangan) dalam bentuk kewangan / barangan / peralatan.
  • Skim Bantuan Persekolahan โ€“ Insentif: Bantuan kepada pelajar-pelajar yang menunjukan prestasi cemerlang dalam peperiksaan utama UPSR / PT3 / SPM / STPM atau pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam sukan, hafazan (tahfiz) dan lain-lain kecemerlangan yang difikirkan bersesuaian.

Skim Anak Angkat (SAA)

Skim Anak Angkat (SAA) adalah sebuah strategi YPM bagi mengajak masyarakat bersama-sama mengambil peduli terhadap nasib anak-anak yang kurang bernasib baik agar dapat menikmati alam persekolahan yang lebih sempurna, iaitu dengan membantu menampung perbelanjaan persekolahan mereka.

Melalui skim ini, pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5 yang keluarga yang berpendapatan purata RM3,000 ke bawah akan diplih sebagai anak angkap YPM.

Mereka kemudiannya akan menerima wang saku bulanan sebanyak RM80 bagi sekolah rendah dan RM100 bagi sekolah menengah.

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan skim-skim bantuan YPM, ia boleh dirujuk di portal rasmi YPM – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…