bantuan rm500

Pendapatan bawah RM4,849 sebulan layak dapat RM500: Cara memohon bantuan kewangan ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan – bantuan bulanan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang layak dan memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan SIPU RM500

Pada asasanya, Skim Insentif Pelajar UCAM (SIPU) adalah sebuah bantuan kewangan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Bagi yang layak, mereka boleh menerima sumbangan kewangan sebanyak RM500 secara ‘one-off’ di bawah skim bantuan ini.

Syarat-syarat Kelayakan

Bantuan ini diberikan kepada anak-anak Pekebun Kecil, anak-anak warga kerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) / pesara RISDA yang melanjutkan pengajian di University College Agroscience Malaysia (UCAM).

Mereka juga menepati syarat-syarat berikut:

  • Anak kepada: Pekebun Kecil / staf RISDA / staf SMR / pesara RISDA;
  • Keutamaan diberikan kepada anak Pekebun Kecil;
  • Pendapatan isi rumah RM4,849 dan ke bawah sebulan;
  • Telah melapor diri di UCAM;
  • Permohonan dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran di UCAM;
  • Pelajar Tahun Pertama (semester 1) di UCAM sahaja;
  • Peringkat Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama sahaja (sepenuh masa).

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA (pindaan 2022) yang boleh dimuat turun di Portal Rasmi RISDA.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen berikut dan dihantar ke pejabat RISDA berdekatan untuk tujuan pengesahan.

  • Salinan Kad pengenalan pelajar;
  • Salinan Kad pengenalan ibu dan bapa /penjaga yang sah;
  • Sebarang dokumen pengesahan kelulusan tanam semula (Pekebun Kecil) atau Kad Pekerja/Pesara (warga RISDA/SMR/ Pesara);
  • Pengesahan pendapatan / penyata gaji yang telah disahkan;
  • Surat tawaran;
  • Resit Bayaran pengajian UCAM (Kemasukan UCAM).

Permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat pula tidak akan dipertimbangkan dan keputusan Jawatankuasa Penilai adalah muktamad serta tidak tertakluk memberi alasan kepada sebarang penolakan permohonan.

Maklumat terperinci dan lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…