Pendapatan bawah RM5,000: Cara mohon Bantuan Sara Diri & Kecemasan sehingga RM1,000/seorang

Dalam usaha meringankan beban mahasiswa, pihak Yayasan Perak telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Saradiri & Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak.

Tujuan utama bantuan ini adalah:

  1. BANTUAN SARA DIRI
    • Bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
    • Bantuan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semestar atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.
  2. BANTUAN KECEMASAN
    • Bantuan khas sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.
    • Contoh-contoh bencana atau musibah: Kemalangan, Kebakaran, Kematian Ibu / Bapa / Penjaga, Kecurian, Bencana Alam (Banjir / Ribut / Tanah Runtuh) dan Penyakit kronik.

Kadar Bantuan

Kadar Bantuan Saradiri & Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak adalah dengan nilai bantuan untuk setahun dan ia seperti berikut:

  • Bantuan Sara Diri: RM700
  • Bantuan Kecemasan: RM300 – RM1,000 (mengikut bencana/musibah)

Syarat-syarat Kelayakan

  1. BANTUAN SARA DIRI
    • Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut: Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
    • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
    • Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
    • Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
    • Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
    • Isi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).
    • Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas.
    • Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.
    • Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.
  2. BANTUAN KECEMASAN
    • Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:- Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
    • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
    • Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
    • Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
    • Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
    • Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga)
    • Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak (sepanjang tahun dan perlu dihantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh berlakunya kejadian)

Dokumen-dokumen Diperlukan

  • Salinan MyKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak;
  • Salinan kad pelajar;
  • Salinan penyata akaun bank pelajar;
  • Salinan Surat Pengesahan Bermastautin/ Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan);
  • Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja);
  • Salinan Laporan Polis / Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja);
  • Penyata pendapatan (isi rumah) bapa dan ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi Yayasan Perak – DI SINI.

Di samping itu, borang permohonan juga boleh didapati didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau mua turun – DI SINI (PDF).

Setiap permohonan juga perlu mendapatkan sokongan daripada Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon, perakuan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Wakil Rakyat/ Pemimpin Tempatan /Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja) dan setiap salinan juga perlu disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A / Penghulu / Ketua Kampung.

Tarikh buka permohonan ini adalah pada bulan Januari 2022 dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan bantuan ini, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…