Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah memperkenalkan sebuah program bantuan yang dikenali sebagai Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar).
Melalui bantuan ini, ibu bapa yang menepati syarat-syarat kelayakan akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri untuk anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran itu akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri yang terlibat.
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia:
- Dilahirkan dan Menetap di Selangor; ATAU
- Tidak dilahirkan di Selangor tetapi telah menetap secara sah di Selangor sekurang kurangnya 5 tahun (Perlu Mendapatkan Pengesahan Dari Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan Tempat Di Mana Pemohon Menetap);
- Syarat pendapatan Isi Rumah mestilah RM5,000 ke bawah;
- Suami dan isteri berkerja;
- Anak berumur 4 tahun dan ke bawah;
- Terhad kepada 2 orang anak sahaja;
- Taska berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat);
- Ibu dan Bapa adalah pengundi berdaftar di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia).
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di sistem pendaftaran Asuh Pintar YAWAS – DI SINI.
Bagi permohonan untuk tahun 2020 dan ke atas, pendaftaran adalah secara atas talian dan dokumen sokongan lengkap wajib disertakan bersama seperti berikut:
- Borang pendaftaran online yang dicetak dari sistem;
- Salinan sijil kelahiran anak yang dipohon;
- Salinan MyKad Ibu;
- Salinan MyKad Bapa;
- Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah);
- Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah);
- Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor);
- Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel 03-5481 8800
Dimaklumkan juga bahawa tarikh tutup permohonan skim bantuan ini adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut. Contohnya, permohonan untuk manfaat bulan Mac 2022 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2022.
Bagi maklumat terperinci dan lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk – DI SINI.