Pendapatan bulanan bawah RM2,208: Ini cara memohon bantuan BKK dari RM150 sehingga RM1,000

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan melalui agensi-agensinya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Antara bantuan itu termasuklah Bantuan Kanak-Kanak (BKK) yang berkadar minimum sebanyak RM150/sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000/sebulan mengikut pecahan berikut:

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  • Kadar bantuan maksimum RM1,000/keluarga sebulan.

Tujuan utama BKK

  • Membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
  • Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

 

Berdasarkan pengumuman Jabatan Perangkaan Malaysia pada 10 Julai 2020, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional ialah sebanyak RM2,208 sebulan bagi setiap isi rumah.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BKK boleh dibuat boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan tempat tinggal pemohon.

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon juga perlu membawa dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan skim bantuan ini, sila rujuk di portal rasmi JKM atau DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

UKM buka banyak tawaran jawatan kosong sesi Oktober 2023: Senarai jawatan & cara memohon

UKM buka banyak tawaran jawatan kosong sesi Oktober 2023: Senarai jawatan & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan BMT RM800 mula disalurkan bulan depan: Senarai penuh penerima yang layak

Bantuan BMT RM800 mula disalurkan bulan depan: Senarai penuh penerima yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Bantuan e-Dompet RM300 untuk B40 setiap bulan: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Bantuan e-Dompet RM300 untuk B40 setiap bulan: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…