Pendapatan isi rumah bawah RM3,000: Ini cara memohon bantuan BKPKK RM3,600 setahun

Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya termasuklah bantuan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memperkenalkan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK).

BKPKK pada asasnya merupakan bantuan kewangan yang diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti untuk pengajian 2 semester sahaja (satu semester di Kolej Komuniti adalah selama 6 bulan).

Kepada yang layak, mereka akan menerima RM300 sebulan/RM1,800 (semester) atau RM3,600 untuk dua semester/setahun.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • Diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BKPKK hendaklah dibuat melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Dimaklumkan juga bahawa pelajar tidak boleh menerima tajaan atau biasiswa lain sekiranya telah menerima BKPKK ini di bawah KPM.

Dalam masa sama, pelajar yang layak untuk menerima bantuan ini sepanjang setahun/dua semester pengajian perlu mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Jika pelajar tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, bantuan kewangan kini akan diberhentikan serta merta kepada pelajar. 

Untuk maklumat terperinci berkenaan BKPKK, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…