Pendapatan isi rumah kategori B40: Ini cara memohon bantuan kewangan RM2,700 ‘one-off’

Dalam usaha meringankan beban mereka yang memerlukan, pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada mereka yang layak.

Antara yang diperkenalkan termasuklah bantuan Geran Pelancaran (GP) yang bertujuan untuk:

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu / keluarga.
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Kadar Bantuan

Melalui Geran Pelancaran, mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan boleh menerima bantuan kewangan maksimum sebanyak RM2,700 sekaligus (one-off).

Seperti mana istilah sekaligus, bantuan ini hanya diberikan sekali saja dan bukannya bantuan bulanan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

 

Dalam masa sama, disebabkan bantuan ini diberikan kepada kumpulan sasar JKM, maka ia akan diberikan kepada mereka yang sedang menerima bantuan sedia ada sahaja.

Oleh itu, kepada mereka yang tidak menerima sebarang bantuan dari JKM, mereka perlu mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu, dan sekiranya mereka tersenarai sebagai penerima bantuan – maka bolehlah membuat permohonan bantuan Geran Pelancaran.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan geran ini boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Dimaklumkan juga bahawa setiap permohonan akan melalui siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini dilaksanakan sesuai dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenaan Geran Pelancaran, boleh baca di portal rasmi JKM atau DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…