Pendapatan isi rumah kategori B40 & M40: Ini cara memohon Bantuan i-Perantau RM250 – RM400

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

Antara bantuan yang diperkenalkan itu termasuklah Bantuan i-Perantau sebanyak RM250 hingga RM400 kepada mereka yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

Terdapat dua kategori utama penerima Bantuan i-Perantau iaitu bagi isi rumah yang berpendapatan tidak melebihi RM2,500 (nilai bantuan RM400) dan isi rumah berpendapatan antara RM2,501 – RM5,000 (nilai bantuan RM250). 

  • Pemohon mestilah PENGUNDI BERDAFTAR di Negeri Terengganu;
  • Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun) bagi kategori pertama dan pendapatan antara RM2,501 – RM5,000 (termasuk gaji dan semua elaun) bagi kategori kedua;
  • Berdaftar di dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20);
  • Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon;
  • Kontraktor berdaftar adalah tidak layak memohon;
  • Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan dan disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung;
  • Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem yang ditetapkan.

Pemohon juga perlu memuat naik dokumen-dokumen berikut semasa mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungannya;
  • Salinan Slip gaji atau Slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan yang disahkan;
  • Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung;
  • Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak memohon).

 

Tarikh tutup permohonan pada 02 MEI 2022, ISNIN.

Maklumat lanjut dan permohonan bantuan ini boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…