Pendapatan keluarga bawah RM3,000: Ini cara memohon bantuan kewangan SDEP

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak Yayasan Pendidikan MARA (YPM) telah memperkenalkan sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP).

SDEP ini diperkenalkan bagi menyediakan bantuan kewangan secara one-off kepada pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).

SDEP juga hanya diberikan sekali dalam tempoh pengajian sebagai salah satu langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah supaya mereka boleh meneruskan pengajian tanpa sebarang kesulitan.

Objektif utama SDEP

  • Membantu meringankan beban pelajar yang mempunyai masalah yuran tertunggak;
  • Membantu pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman;
  • Membantu pelajar yang teraniaya atau tertipu oleh institusi pengajian;
  • Menyediakan sara hidup bagi pelajar yang memerlukan;
  • Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang efisien, cepat, tepat dan betul.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Bumiputera warganegara Malaysia;
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM3,000 sebulan;
  • Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.

Cara Memohon

Kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan SDEP boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan bantuan yang boleh didapati di portal rasmi YPM – DI SINI.

Akan tetapi, status permohonan SDEP buat ketika ini ditutup buat sementara waktu dan akan dimaklumkan pembukaannya dari semasa ke semasa. Oleh itu, para pemohon diminta untuk peka dengan perkembangan terkini yang dimaklumkan oleh YPM.

Pada tahun lalu, seramai 1,099 pelajar kurang berkemampuan di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) seluruh negara telah menerima manfaat di bawah SDEP.

Maklumat terperinci dan lengkap berkaitan dengan bantuan ini boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…