Pendapatan keluarga bawah RM4,850: Tarikh mula permohonan Bantuan Tablet Percuma untuk B40

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui Bajet 2022 yang mula dilaksanakan pada tahun ini.

Antaranya termasuklah melalui Bantuan Tablet Percuma dalam program yang dikenali sebagai Peranti Siswa Keluarga Malaysia kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada kalangan kumpulan B40.

Bantuan ini dijangka akan dimanfaatkan oleh 400,000 pelajar seluruh negara, meliputi pelajar IPT awam dan swasta, kolej komuniti dan kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, termasuk mereka yang baru mendapat tempat di universiti nanti.

Bantuan tablet percuma ini bagaimanapun hanya diberikan kepada pelajar yang berasal daripada keluarga B40 yang berpendapatan tidak melebihi RM4,850 sebulan.

Tarikh Permohonan

Berdasarkan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa di Dewan Rakyat, permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia akan dibuka bermula pada pertengahan bulan April 2022.

Tambahnya, program bantuan ini akan dikawal selia oleh sebuah unit di bawah kementerian dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Setiap peranti yang akan diberikan secara percuma kepada pelajar itu nanti turut akan dipastikan berkualiti dan setara dengan beberapa ciri khusus termasuklah kapasiti minimum tidak kurang 4RAM selain dibekalkan bersama aksesori lain seperti papan kekunci.

Diharapkan pelaksanaan program bantuan ini akan memberi manfaat kepada pelajar IPT terlibat dalam menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.

Bagi maklumat lanjut dan lengkap berkenaan pelbagai lagi bantuan di bawah Bajet 2022, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada…
YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…