Pendapatan keluarga bawah RM5,000: Permohonan RM1,000 di bawah HPIPT kini sedang dibuka

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Antara yang diperkenalkan itu termasuklah Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor.

Melalui HPIPT, pelajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke  IPTA dan IPTS akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000 seorang. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja;
  • Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor;
    • Ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor;
    • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
    • Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama;
  • Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja;
  • Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian;
  • Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja;
  • Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah;
  • Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai permohonan gagal.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan HPIPT boleh dikemukan secara atas talian (online) di Sistem Permohonan HPIPT – DI SINI.

Pemohon yang telah melengkapkan permohonan secara atas talian seterusnya perlu menghantar salinan asal Borang Pengesahan HPIPT yang telah disahkan oleh pihak IPTA / IPTS kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos sebelum tarikh tutup ke alamat berikut:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam

Berkenaan dengan cara pembayaran hadiah berkenaan, ia akan disalurkan kepada yang lulus melalui nombor akaun bank yang telah diberikan melalui permohonan.

Setiap pemohon juga hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja. Pemohon turut dikehendaki menyemak status pembayaran satu bulan selepas permohonan diluluskan oleh Urus Setia HPIPT.

Tarikh tutup permohonan HPIPT pada 31 MAC 2022 (KHAMIS).

Maklumat lengkap berkenaan inisiatif ini boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pada ketika ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…