bantuan tunai aidilfitri

Dibayar 5 April ini, berikut senarai penuh penerima Bantuan Tunai Aidilfitri RM500 dan RM250

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Bantuan-bantuan ini adalah merupakan usaha Kerajaan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Hal itu, termasuklah bantuan kewangan yang diperkenalkan apabila semakin dekatnya musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Seperti mana yang semua sedia maklum, kini kurang berbaki dua minggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maka, berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Kerajaan Sempena Raya Aidilfitri

Pada tahun 2024 ini, pihak Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 dan RM250. Secara lebih teliti bantuan itu diberikan seperti berikut:

  • RM500: Diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • RM250: Diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

 

Pemberian bantuan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan rasmi, pembayaran bantuan khas ini akan dibuat seawal 5 April 2024, Jumaat. Pembayarannya dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.

Dimaklumkan juga bahawa pemberian bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan diberikan secara automatik kepada setiap yang layak (menepati syarat-syarat yang ditetapkan).

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dalam perkembangan sama, beberapa buah Kerajaan Negeri sebelum ini juga telah mengumumkan Bantuan Khas bersempenan Hari Raya Aidilfitri. Antaranya adalah Pulau Pinang dengan kadar setengah bulan gaji atau minima RM1,200 kepada para penjawat awam negeri itu.

Manakala, negeri Perak pula memberikan bantuan hari raya sebanyak RM1,000. Negeri Selangor turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri.

Dalam masa sama, bantuan khas sebanyak RM500 pula disalurkan kepada para penggerak masjid seperti nazir, imam rawatib, siak dan bilal bagi semua masjid serta guru rakyat yang berkerja di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Terkini, dilaporkan tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 9 April 2024 ini di 29 lokasi di seluruh negara.  Lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal adalah di Pontian Kecil, Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan, Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Balai Cerap Selangor Sabak Bernam di Selangor serta Pantai Pasir Panjang, Manjong di Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah, Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Setiu di Terengganu.

ARTIKEL BERKAITAN

Pemberian Bil Air Percuma 2024: Syarat-syarat, senarai mereka yang layak & cara memohon

Pemberian Bil Air Percuma 2024: Syarat-syarat, senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Jawatan kosong Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 2024: Tawaran gaji RM2,100/sebulan

Jawatan kosong Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 2024: Tawaran gaji RM2,100/sebulan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…
e-Wallet RM300 kepada mereka berpendapatan bawah RM5,000: Dikreditkan setiap bulan

e-Wallet RM300 kepada mereka berpendapatan bawah RM5,000: Dikreditkan setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…