skk

Penerima STR boleh buat tuntutan Bantuan SKK RM1,000 ‘one-off’: Ini maklumat & cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya termasuklah bantuan-bantuan kepada golongan B40 dan M40 di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan di Dewan Rakyat tahu lalu.

Ini kerana, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelbagai jenis bantuan kewangan sebelum ini, termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Namun begitu, terdapat sebuah lagi manfaat yang diberikan kepada penerima STR. Berikut adalah malumat lanjutnya: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan tunai kepada golongan B40 dan M40 mengikut tangga pendapatan dan tanggungan masing-masing. Bantuan ini juga diberikan secara berfasa dengan jumlah tertentu kepada yang layak merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang.

Bagi tahun 2024 ini, dengan hikmah penyasaran semula subsidi – ia membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Syarat-syarat kelayakan STR adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

Dalam masa sama, penerima STR juga layak menerima Skim Khairat Kematian (SKK). Ini adalah maklumat lanjutnya…

Bantuan SKK untuk penerima STR

Untuk pengetahuan semua, Skim Khairat Kematian (SKK) adalah sebuah manfaat yang diberikan kepada setiap penerima STR dan pasangannya yang meninggal dunia dalam tempoh 01 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024.

Kadar SKK yang ditetapkan adalah sebanyak RM1,000 dan akan diberikan secara sekaligus atau ‘one-off’. Mereka yang layak menerima SKK bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:

  • Penerima STR kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan;
  • SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia;
  • Meninggal dunia pada tahun 2024; Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK;
  • Waris hendaklah yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja.

 

 

Bagi urusan tuntutan SKK, ia boleh dibuat oleh waris dengan urutan berikut: pasangan; ibu; bapa; anak (anak kandung, anak tiri, anak angkat) adik-beradik dan cucu.

JOM SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dimaklumkan juga bahawa, tiada had umur kelayakan seseorang untuk menjadi waris kepada pemohon STR 2024. Akan tetapi, waris yang berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan dokumen pertalian perlu dibawa dan hadir bagi pengesahan cap jari / tandatangan individu di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ketika membuat tuntutan di BSN, dokumen yang perlu dibawa oleh waris yang didaftarkan adalah:

  • Asal / salinan Sijil Kematian yang dikeluarkan oleh JPN; dan
  • Asal / salinan Kad Pengenalan / Sijil Lahir waris; dan
  • Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon / pasangan).

 

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Institut Kerajaan – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

Warga emas merupakan golongan istimewa dalam masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada pembinaan negara sejak zaman muda, malah menjadi…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

Setiap hari, kita semua bergantung kepada keperluan asas untuk meneruskan kehidupan – makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, dan pendidikan. Namun…