Pengenalan pelbagai jenis bantuan/inisiatif adalah sebahagian daripada usaha pihak Kerajaan (Persekutuan atau Negeri) untuk meringankan beban rakyat mendapani cabaran kos sara hidup.
Bantuan-bantuan ini juga datang dalam pelbagai bentuk sama ada tunai, geran, e-dompet dan sebagainya. Inisiatif-inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban rakyat, malah membuka jalan untuk kehidupan yang lebih baik dan mampan.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif kewangan daripada kerajaan Malaysia yang diperkenalkan untuk membantu golongan B40 (berpendapatan rendah) dan M40 (berpendapatan sederhana). STR bertujuan meringankan beban kewangan rakyat yang terkesan akibat kenaikan kos sara hidup.
Bantuan ini diagihkan dalam bentuk pembayaran tunai terus ke akaun penerima yang layak, yang meliputi golongan isi rumah, bujang, dan warga emas.
STR menggantikan inisiatif sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk membantu rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Jumlah bantuan berbeza mengikut kategori penerima dan disasarkan kepada mereka yang paling memerlukan.
Kriteria kelayakan STR bagi tahun ini seperti di bawah:
Kategori Isi Rumah
- Terbuka kepada individu yang sudah berkahwin, atau ibu/bapa tunggal (termasuk balu, janda, duda) yang mempunyai anak yang memenuhi syarat;
- Pendapatan isi rumah mestilah RM5,000 atau kurang.
Kategori Bujang
- Terbuka kepada individu bujang atau ibu/bapa tunggal (termasuk balu, janda, duda) yang tidak mempunyai anak yang memenuhi syarat;
- Had umur untuk kategori ini adalah antara 21 hingga 59 tahun.
- Individu bujang OKU yang berumur 19 tahun ke atas juga layak.
- Penerima tidak boleh merupakan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan bujang mestilah RM2,500 atau kurang.
Kategori Warga Emas Tiada Pasangan
- Terbuka kepada individu bujang atau ibu/bapa tunggal (termasuk balu, janda, duda) yang tidak mempunyai anak yang memenuhi syarat;
- Penerima berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan bulanan tanpa pasangan mestilah RM5,000 atau kurang.
Jumlah Bayaran STR
Pembayaran STR dibuat kepada yang layak iaitu mereka yang telah diluluskan permohonannya serta tersenarai sebagai penerima. Semakan kelulusan boleh dibuat di Portal Rasmi STR LHDN dengan kaedah berikut:
- Layari Portal Rasmi STR dan log masuk MySTR;
- Isi maklumat Nombor MyKad Pemohon;
- Buat pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
- Isi Kata Laluan di ruang yang disediakan;
- Tekan pada butang Semakan Status;
- Info kemudiannya akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Berikut merupakan info jumlah bayaran STR Fasa 4:
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM350
- Bilangan anak 3 – 4: RM500
- Bilangan anak 5 & ke atas:RM700
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM150
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM250
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
- Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- STR Fasa 4: RM100
- Warga Emas Tiada Pasangan dengan pendapatan bulanan RM5,000 & ke bawah
- STR Fasa 4: RM150
Kaedah Pembayaran STR
Pembayaran STR dibuat dengan dua kaedah iaitu dikreditkan terus ke akaun bank penerima atau secara tuntutan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Sekiranya pemohon tidak memberikan maklumat akaun bank ketika permohonan STR 2024 dibuat, pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan seperti berikut:
- Pasangan warganegara dan melaporkan maklumat akaun bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pasangan.
- Pasangan warganegara, melaporkan maklumat akaun bank, tetapi pembayaran STR gagal dikreditkan
- Pembayaran akan dibuat secara tunai kepada pemohon melalui BSN.
- Pasangan tidak melaporkan maklumat akaun bank
- Pembayaran juga akan dibuat secara tunai kepada pemohon melalui BSN.
Untuk STR Fasa 4, ia akan dibayar pada bulan depan iaitu November 2024.
Maklumat terperinci berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila lihat di Portal Rasmi STR – DI SINI.