Pengambil jawatan sebagai Pegawai Pertahanan Awam dibuka: Gaji dari RM2,081 hingga RM9,547

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di bawah kendalian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEGAWAI PERTAHANAN AWAM – GRED KP41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Jabatan: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
  • Gaji: RM2,081 – RM9,547
  • Kenaikan tahunan: RM225
  • Kekosongan: 8
  • Simpanan: 15

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusipengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081); atau
    • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai reskod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,081); atau
    • Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institute pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,285).
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    • Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

 

Bidang Tugas

Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusan di peringkat negeri termasuk menguruskan Latihan Gerakan Pertahanan Awam.

Cara Memohon

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dilihat DI SINI.

Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di Sistem Pendaftaran Pekerja SPA9 (KLIK SINI) dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.

Tarikh tutup permohonan pada 30 NOVEMBER 2021, SELASA (11.59 MALAM).

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…