mqa

Pengambilan 16 jawatan kosong Agensi Kelayakan Malaysia (MQA): Syarat minima SPM

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

PERSONEL MYSTEP

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Kadar Upah: RM1,700/sebulan
  • Manfaat: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
  • Pengambilan: 16 kekosongan

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon Jawatan MQA

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal MQA (Jobs@MQA). Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.

Pemohon juga hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki. Hanya calon yang mengisi maklumat yang lengkap dan memenuhi kriteria yang layak sahaja dipertimbangkan untuk disenarai pendek.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 19 JULAI 2024 (JUMAAT), 4 PETANG.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Dimaklumkan juga bahawa pengambilan sebagai Personel MySTEP bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon semula kepada MQA melalui proses pengambilan biasa.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Pada Disember 2005, Kerajaan telah membuat keputusan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK,KPT) menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.

Entiti itu kemudiannya dinamakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) pada 1 November 2007 dengan penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007. Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan.

MQA juga berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara. Berikutan penubuhan MQA, LAN telah dibubarkan dan kakitangannya diserapkan ke dalam MQA.

Dengan visi untuk menjadi sebuah autoriti global dalam jaminan kualiti pengajian tinggi dan misi untuk mewujudkan satu sistem jaminan kualiti yang diterima pakai di peringkat antarabangsa, MQA kini telah bersedia untuk menerokai sempadan-sempadan baharu dalam jaminan kualiti pengajian tinggi.

Berikut adalah fungsi-fungsi MQA:

  • Melaksanakan MQF sebagai titik rujukan kelayakan Malaysia;
  • Membangunkan kriteria dan standard sebagai rujukan kebangsaan bagi penganugerahan kelayakan dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan;
  • Menjamin kualiti institusi-institusi pengajian tinggi dan program-program;
  • Memberi perakuan akreditasi kepada program-program yang memenuhi kriteria dan standard yang ditetapkan;
  • Memudah cara pengiktirafan dan penyetaraan kelayakan; dan
  • Mengendalikan Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Musim persekolahan baharu semakin menghampiri, dan ibu bapa pastinya sibuk membuat persiapan bagi memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lancar.…
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

Keperluan rakyat merupakan elemen asas dalam membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera dan negara yang maju. Setiap individu mempunyai keperluan asas…