Pengambilan 230 kekosongan jawatan di Jabatan Imigresen Malaysia: Gaji RM1,360 hingga RM4,052

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Imigresen Malaysia kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di bawah kendalian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEGAWAI IMIGRESEN – GRED KP19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Imigresen Malaysia
  • Gaji: RM1,360 – RM4,052
  • Kekosongan: 230
  • Simpanan: 250

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas mengeluarkan pasport dan dokumen perjalanan, mengeluarkan visa, pas dan permit, mengawal selia pergerakan keluar masuk di pintu-pintu masuk yang diwartakan;
  • Memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada pelanggan jabatan untuk memantapkan lagi pengurusan organisasi;
  • Meningkatkan mutu perkhidmatan imigresen bagi memenuhi aspirasi rakyat dan negara.

 

Cara Memohon

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dilihat – DI SINI.

Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di Sistem Pendaftaran Pekerja SPA9 (KLIK SINI) dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.

Tarikh tutup permohonan pada 09 JANUARI 2022, AHAD (11.59 MALAM).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong POS Malaysia Berhad: Tawaran Gaji Sehingga RM2,499

Jawatan Kosong POS Malaysia Berhad: Tawaran Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, POS Malaysia Berhad kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Di Malaysia, golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah yang berada pada kedudukan terendah dari segi pendapatan. Mereka kebiasaannya…
RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…