Pengambilan banyak jawatan dibuka di HPKK UKM: Tawaran gaji RM1,360 sehingga RM9,546

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Hospital Pakar Kanak-Kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. Pegawai Tadbir – N41
    • Gaji: RM2,080 – RM9,546
  2. Pegawai Psikologi (Klinikal) – S41
    • Gaji: RM2,078 – RM9,544
  3. Pegawai Optometri – U41
    • Gaji: RM2,429 – RM9,656
  4. Pegawai PemulihanPerubatan – U41
    • Gaji: RM2,429 – RM9,656
  5. Pegawai Perubatan – UD43
    • Gaji: RM3,611 – RM10,560
  6. Pegawai Perubatan – UD47
    • Gaji: RM5,211 – RM11,769
  7. Pegawai Perubatan – UD51
    • Gaji: RM5,860 – RM12,449
  8. Pegawai Perubatan UD53
    • Gaji: RM6,182 – RM13,256
  9. Juru X-Ray – U41
    • Gaji: RM2,429 – RM9,656
  10. Juruukur Bahan – J41
    • Gaji: RM2,529 – RM9,643
  11. Penolong Pegawai Tadbir – N29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  12. Juruterapi Pergigian – U29
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753
  13. Penolong PegawaiPerubatan – U29
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753
  14. Jururawat – U29
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753
  15. Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi) – N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  16. Juruteknik Perubatan – U19
    • Gaji: RM1,360 – RM4,052

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan UKM – DI SINI.

Kepada yang belum membuat pendaftaran di sistem berkenanaan, pemohon perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum boleh mengemukakan sebarang permohonan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Manakala, pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat bulan dari tarikh tutup iklan adalah hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 10 FEBRUARI 2022, KHAMIS. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…