Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
- PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN – DG41
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM2,188 – RM9,552
- PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM – S29
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,493 – RM5,672
- PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM100/sehari
Syarat-syarat Kelayakan
- Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan serta seterusnya dilampirkan bersama Resume dan Salinan Sijil-Sijil Akademik.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.