jabatan kerajaan

Pengambilan banyak jawatan kosong di Unit Jabatan Kerajaan: Tawaran gaji RM1,900 – RM2,100

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia  (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong

  1. PENOLONG PENGARAH – GRED 41
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Gaji: RM2,100
    • Manfaat: Cuti Sakit; Cuti Rehat; Caruman KWSP & Caruman PERKESO
  2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Gaji: RM1,900
    • Manfaat: Cuti Sakit; Cuti Rehat; Caruman KWSP & Caruman PERKESO

 

MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar Resume beserta gambar berukuran passport; salinan kad pengenalan dan salinan sijil-sijil akademik ke alamat e-mel: [email protected] dan [email protected]

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 17 MAC 2023, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…
Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
RM600 - RM2,500 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Permohonan Masih Dibuka

RM600 - RM2,500 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Permohonan Masih Dibuka

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan ekonomi, dengan golongan B40 (40% terbawah) dan M40 (40% pertengahan) sering menjadi fokus dalam…