UTEM

Pengambilan banyak jawatan kosong di UTeM sesi Disember 2022: Gaji Permulaan sehingga RM5,855

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan Kosong UTeM

  1. PENSYARAH UNIVERSITI DS45/DS51
    • Gaji Permulaan DS45: RM3,070
    • Gaji Permulaan DS51: RM5,855
  2. PEMBANTU KESELAMATAN KP19
    • Gaji: RM1,360 – RM4,052
  3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  4. PEMBANTU AWAM H11
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan kosong Pensyarah Universiti hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan UTeM.

Borang yang lengkap perlu dinyatakan jawatan dan gred dipohon di sudut sebelah kanan sampul surat dan dihantar ke alamat:

Unit Perjawatan, Bahagian Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal Melaka

Manakala, permohonan jawatan bukan akademik boleh dibuat secara atas talian di Sistem Permohonan Jawatan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan melalui Portal Rasmi UTeM dan klik di pautan yang disediakan di Quick Links > Job Vacancies > Iklan Perjawatan Bukan Akademik.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 15 DISEMBER 2022, KHAMIS.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…