Pengambilan banyak jawatan kosong di UTHM: Gaji dari RM1,205 sehingga RM9,546

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI TADBIR – N41
    • Gaji: : RM2,080 – RM9,546
  2. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN – S41
    • Gaji: RM2,078 – RM9,544
  3. PENOLONG JURUTERA – JA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  4. PENOLONG ARKITEK LANSKAP – JA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – N29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  6. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN – S29
    • Gaji: RM1,362 – RM5,092
  7. PEMBANTU KESELAMATAN – KP19
    • Gaji: RM1,360 – RM4,052
  8. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  9. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN – S19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  10. PEMANDU KENDERAAN – H11
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939
  11. PENGAWAL KESELAMATAN – KP11
    • Gaji: RM1,205 – RM2,939

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga atau Sijil Pelajaran Malaysia mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di Perjawatan Online UTHM – DI SINI.

Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon TIDAK PERLU dikemukakan kepada pihak UTHM. Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 09 FEBRUARI 2022, RABU.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…