Pengambilan banyak jawatan kosong terkini di LUAS: Tarikh tutup permohonan 12 Ogos 2022

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Pekerja Sambilan Harian
    • Kadar Upah: RM72/sehari
  2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI)
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Pekerja Sambilan Harian
    • Kadar Upah: RM54/sehari

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah merupakan Warganegara Malaysia;
  • Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor;
  • Pemohon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan hendaklah dikemukakan dengan mengisi Borang Pindaan LUAS 2/2007 secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Surat Beranak;
  • Salinan sijil PMR/SPM/SVM (mana-mana yang berkaitan);
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah terakhir;
  • Salinan sijil-sijil kelayakan akademik dan salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan;
  • Gambar berukuran pasport.

 

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 12 OGOS 2022, JUMAAT (JAM 12 TENGAH HARI).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…
Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…