Pengambilan banyak jawatan kosong terkini di PPUM: Gaji dari RM1,204 hingga RM9,656

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI FARMASI – GRED UF41
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,740 – RM9,656
  2. PEGAWAI FARMASI PROVISIONAL – GRED UF41
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,740 – RM9,656
  3. PEGAWAI SAINS (STATISTIK) – GRED C41
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,317 – RM9,620
  4. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F41
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,315 – RM9,618
  5. JURU X-RAY – GRED U29
    • Taraf: Sementara
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753
  6. PENOLONG PEGAWAI FARMASI – GRED U29
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753
  7. JURU X-RAY (RADIOTERAPI) – GRED U29
    • Taraf: Sementara
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753
  8. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN – GRED U29
    • Taraf: Sementara/Kontrak
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753
  9. JURUTEKNIK PERUBATAN – GRED U19
    • Taraf: Sementara
    • Gaji: RM1,360 – RM4,052
  10. JURUTEKNIK KOMPUTER – GRED FT19
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,377 – RM4,052
  11. PEMBANTU KEMAHIRAN – H19 (AWAM)
    • Taraf: Sementara
    • Gaji: RM1,377 – RM4,052
  12. PENGAWAL KESELAMATAN – GRED KP11
    • Taraf: Sementara/Kontrak
    • Gaji: RM1,205 – RM2,939
  13. PEMBANTU AWAM – GRED H11
    • Taraf: Sementara
    • Gaji: RM1,218 RM2,939
  14. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11
    • Taraf: Sementara
    • Gaji: RM1,204 – RM3,001

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga atau Sijil Pelajaran Malaysia mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Jawatan PPUM – DI SINI.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 07 FEBRUARI 2022, ISNIN.

Sebarang permohonan juga tidak akan dibenarkan selepas tarikh tutup.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…