Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
- PEGAWAI PENYELIDIK (BIOTEKNOLOGI PERHUTANAN) Q41
- Taraf Jawatan: Tetap
- Jadual Gaji: RM2,315 – RM9,618
- PEGAWAI PENYELIDIK (BIODIVERSITI HUTAN) Q41
- Taraf Jawatan: Tetap
- Jadual Gaji: RM2,315 – RM9,618
- PEGAWAI PENYELIDIK (PERHUTANAN & ALAM SEKITAR) Q41
- Taraf Jawatan: Tetap
- Jadual Gaji: RM2,315 – RM9,618
- PEGAWAI PENYELIDIK (PERANCANGAN PENYELIDIKAN) Q41
- Taraf Jawatan: Tetap
- Jadual Gaji: RM2,315 – RM9,618
- PEGAWAI PENYELIDIK (HASILAN SEMULA JADI) Q41
- Taraf Jawatan: Tetap
- Jadual Gaji: RM2,315 – RM9,618
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,315.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,418.66); atau
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,522.44); atau
- Ijazah Sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,833.78); atau
- Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains atau kejuruteraan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM3,145.11); dan
- Calon lantikan Pegawai Penyelidik Gred Q41 hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat di Sistem Permohonan Jawatan Online FRIM. Calon dikehendaki memuatnaik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) ketika membuat permohonan jawatan.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan pada 22 Oktober 2024.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.
Maklumat Tambahan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ditubuhkan pada 1926, FRIM pada awalnya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan menjadi sebuah badan berkanun sepenuhnya dengan ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) bawah Kementerian Perusahaan Utama pada 1985.
Bermula pada 2003, MFRDB dan FRIM dipindahkan ke bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Mulai 1 Oktober 2016, Akta FRIM telah dikuatkuasakan dan MFRDB digantikan oleh anggota Institut dengan tambahan empat orang wakil dari sektor korporat untuk membantu usaha komersialisasi. NRE telah disusun semula menjadi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada 2023.
FRIM terletak di kawasan seluas 545 hektar bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit Lagong di Kepong, kira-kira 16 km di barat laut dari Kuala Lumpur.