Perkhidmatan Awam Negeri

Pengambilan Besar-Besaran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor: Ini Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Negeri Selangor

  1. ARKITEK J9
  2. JURUTEKNIK KOMPUTER FT1
  3. JURUTERA J9
  4. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F9
  5. PEMBANTU PENGUATKUASA KP1
  6. PEMBANTU TADBIR PTPO N1
  7. PENOLONG JURUTERA JA5
  8. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA5
  9. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA5
  10. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N1

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Calon hendaklah menepati syarat-syarat khusus kelayakan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan dari Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingg Ijazah Sarjana Muda (mengikut ketetapan setiap jawatan).

Bidang Tugas

  • ARKITEK J9
    • Merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek (project’s brief), melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications).
  • JURUTEKNIK KOMPUTER FT1
    • Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.
  • JURUTERA J9
    • Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan

 

  • PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F9
    • Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.
  • PEMBANTU PENGUATKUASA KP1
    • Bertanggungjawab terhadap menguatkuasakan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
  • PEMBANTU TADBIR PTPO N1
    • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

 

  • PENOLONG JURUTERA JA5
    • Bertanggungjawab melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan.
    • Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerjakerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

 

  • PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA5
    • Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan dokumen tender dan kontrak, menyedia perakuan bayaran interim, menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad, mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan menjalankan tugastugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  • PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA5
    • Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan bagi skop kerja seni bina termasuk melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggarakan lukisan, menyediakan study model, menyediakan reka bentuk, menyedia lakaran reka bentuk, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding, memantau maklum balas penilaian teknikal, melaksanakan audit kualiti (reka bentuk)/audit seni bina pembinaan dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan tugas-tugas berkaitan aspek reka bentuk dan seni bina.
  • PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N1
    • Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Pegawai (yang berkelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail.
    • Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Pegawai (yang berkelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 22 MEI 2025.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

RM500 - RM2,500 Dibayar Bermula Fasa 1 hingga Fasa 4: Jadual Pembayaran STR Tahun 2025

RM500 - RM2,500 Dibayar Bermula Fasa 1 hingga Fasa 4: Jadual Pembayaran STR Tahun 2025

Dalam landskap ekonomi negara yang semakin mencabar, dua kumpulan masyarakat yang sering menjadi fokus dasar kerajaan ialah golongan B40 dan…
Cara Buat Pembelian & Senarai Kemaskini Barang Yang Boleh Dibeli Dengan Bantuan SARA 2025

Cara Buat Pembelian & Senarai Kemaskini Barang Yang Boleh Dibeli Dengan Bantuan SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus kumpulan isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Mereka ini terdiri daripada masyarakat yang gigih…
Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Institut Kerajaan – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk…