Pengambilan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dibuka: 7 jawatan sedia dimohon

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuka tujuh (7) kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan. Taraf pendidikan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda, sesuai dengan peruntukan jawatan.

Oleh itu, warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas (KHUSUSNYA ANAK NEGERI SELANGOR) dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan bertaraf KONTRAK berikut:

  1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
  2. PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA29
  3. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG29
  4. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29
  5. PEMBANTU SETIUSAHA PEJABAT GRED N19
  6. JURUAUDIO VISUAL GRED N19
  7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

 

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat melalui laman: https://espns.selangor.gov.my/index.php/login. Jika masih belum mendaftar, pemohon dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di dalam sistem ini dengan mengisi maklumat peribadi, pendidikan dan pengalaman sebelum memohon jawatan yang diiklankan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 01 Mac 2021 dan untuk maklumat terperinci iklan, pemohon boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

 

ARTIKEL BERKAITAN

RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Dalam konteks ekonomi Malaysia, istilah “B40” merujuk kepada kumpulan 40% rakyat yang berpendapatan terendah dalam negara. Menurut data rasmi, B40…
Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya (JKR) Ambilan 2025: Ini Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya (JKR) Ambilan 2025: Ini Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
RM500 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Jadual Bayaran & Cara Memohon Bantuan Sara Hidup (BSH)

RM500 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Jadual Bayaran & Cara Memohon Bantuan Sara Hidup (BSH)

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup telah menjadi antara topik yang paling banyak dibincangkan dalam kalangan rakyat…