Pengambilan di Perkhidmatan Awam Negeri: SPM hingga Diploma layak memohon

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka ketika ini sedang mencari calon-calon yang bekelayakan dan berketerampilan untuk mengisi jawatan sebagai PENGHULU GRED NP29 di bawah perkhidmatan awam Malaysia. Terdapat 2 kekosongan dan 10 simpanan dibuka untuk jawatan ini.

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memilki kelayakan pendidikan seperti:
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
    • Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Bagi yang berkelayakan SPM, calon dikehendaki memiliki pengalaman tidak kurang 10 tahun dalam bidang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan.
  • Bagi calon berkelayakan STPM, STAM dan Diploma, calon disyaratkan mempunyai pengalaman tidak kurang dari 5 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan.
  • Calon mesti memiliki Kepujian (sekurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 

Keperluan bidang dan lokaliti:

  • Pengurusan Tanah
  • Pengurusan Awam
  • Pentadbiran dan Politik
  • Lokaliti: alamat tempat tinggal calon di Melaka.

 

Cara permohonan:

Kepada calon yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat secara atas talian di Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9): https://spa9.spa.gov.my.

Maklumat lanjut iklan jawatan pula boleh didapati DI SINI. Tarikh tutup permohonan adalah pada 3 MAC 2021 (RABU) – jam 11.59 malam.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…