Pengambilan jawatan Bentara Mesyuarat di Parlimen Malaysia: Ini syarat-syarat & cara memohon

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).

Melalui kuasa Perundangan, ia melibatkan Parlimen di mana ahli-ahli Parlimen akan bersidang dan menggubal undang-undang sesuai dengan peruntukan Perlembagaan. Persidangan Pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman.

Menjelang 16 September 1963, Persidangan Pertama Parlimen Malaysia telah diadakan di Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. Kini Parlimen Malaysia telah membuka kekosongan jawatan sebagai BENTARA MESYUARAT GRED KP29 (Kontrak) bagi diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan jawatan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan.
  • Mendapat kepujian (sekurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan diberikan kepada bekas anggota Polis atau Tentera dengan sekurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

 

Skop bidang tugas jawatan adalah: 

  • Bertanggungjawab kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat (YPDR), Yang di-Pertua Dewan Negara (YPDN), Setiausaha Dewan Negara (SUDN), Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR), Setiausaha Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat (SUB DR) dan Setiausaha Bahagian Dewan Negara (SUB DN).
  • Membantu menyelaras dan menyemak semua Aturan Mesyuarat (AUM) sebelum diedarkan oleh Bentara Parlimen.
  • Menentukan Bentara Parlimen mengedar AUM kepada pegawai-pegawai bertugas Kementerian.
  • Membantu menyelaras di dalam pengurusan dan mentadbir hal-hal pentadbiran harian dan latihan anggota-anggota Seksyen Bentara.
  • Membantu mengurus dan memelihara Cokmar agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.
  • Bersedia ditugaskan sebagai Pegawai Perhubungan (LO), Pembantu Pegawai Keselamatan (APSO) kepada ketua-ketua delegasi asing yang menghadiri persidangan-persidangan anjuran Parlimen Malaysia serta mesyuarat Jawatankuasa Dewan yang lain.

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan yang boleh didapati di portal rasmi Parlimen Malaysia (klik sini).

Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat pula hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan) 2012.

Borang permohonan yang lengkap kemudiannya perlulah disertakan bersama:

  • Sekeping gambar berukuran pasport.
  • Resume.
  • Salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan dan kelulusan akademik.
  • Salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu.
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Dokumen-dokumen sokongan berkaitan

 

Semua salinan ini perlulah ditandatangani dan disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas). Borang permohanan, salinan sijil dan sebagainya yang lengkap perlulah dihantar ke alamat:

KETUA PENTADBIR, PARLIMEN MALAYSIA, BANGUNAN PARLIMEN, ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN, JALAN PARLIMEN, 50680, KUALA LUMPUR (U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 MEI 2021 (Jumaat). 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…