Pengambilan jawatan besar-besaran di LADA: Banyak jawatan ditawarkan, gaji sehingga RM9,643

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  • PEGAWAI PENERANGAN GRED S41
    • Gaji: RM2,078 – RM9,544
  • JURUTERA GRED J41
    • Gaji: RM2,529 – RM9,643
  • SETIAUSAHA PEJABAT GRED N29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  • PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
    • Gaji: RM1,353 – RM4,005
  • PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
    • Gaji: RM1,377 – RM4,052
  • PEMBANTU LAUT GRED A19
    • Gaji: RM1,362 – RM4,034
  • PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
    • Gaji: RM1,205 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dilaksanakan dengan mengisi borang permohonan jawatan dan disertakan bersama salinan dokumen-dokumen berikut:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Lain-lain sijil yang berkaitan

 

Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Langkawi, Tingkat 3, Kompleks LADA Jalan Persiaran Putra 07000 Kuah, Langkawi KEDAH DARUL AMAN (u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 14 SEPTEMBER 2022, RABU.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan jawatan boleh didapati DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…