Pengambilan jawatan di Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional: Gaji sehingga RM2,000

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) ditubuhkan pada tahun 1969 dengan misi bagi mempertingkat dan memperkukuh Kesepaduan Sosial Masyarakat Malaysia melalui usaha Penyatupaduan Berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara secara inklusif.

Dengan moto ‘Bersatu Kita Maju’, JPNIN kini telah membuka dua (2) kekosongan jawatan secara kontrak di bawah Personel Short Term Employment Program (MySTEP) bagi tahun 2021.

Berikut adalah maklumat jawatan yang ditawarkan:

  • Kluster jawatan: Pembangunan Masyarakat
  • Gaji: RM1,800 – RM2,000
  • Tempoh lantikan: Sehingga 31 Disember 2021
  • Kemudahan: Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan caruman PERKESO
  • Penempatan: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, WP Putrajaya

 

Syarat-syarat kelayakan jawatan adalah:

Memiliki kelayakan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Sosial atau yang berkaitan dan diiktiraf oleh Kerajaan.

Kriteria tambahan jawatan:

Keutamaan diberikan kepada calon lelaki berbangsa India dan Cina yang memiliki pengetahuan dan kemahiran serta ciri-ciri seperti berikut:

  • Berkemahiran dalam pertuturan, penterjemahan dan penulisan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
  • Berkemahiran dalam aplikasi Microsoft Office dan media sosial.

 

Bidang tugas jawatan:

  • Membantu pemantauan Rumah Ibadat Selain Islam (RISI).
  • Mengenal pasti isu berkaitan hal ehwal agama di media cetak dan media sosial pelbagai bahasa.
  • Menterjemah berita dan isu hal ehwal agama yang berbangkit di media cetak dan media yang berbahasa Cina dan Tamil kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Mengumpul dan menganalisis data berkaitan isu agama mengikut kluster.
  • Mampu bekerja dalam keadaan yang mendesak dan berkeupayaan untuk menyiapkan tugasan mengikut tempoh yang ditetapkan.
  • Bersedia untuk bertugas di lapangan dari semasa ke semasa.

 

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan jawatan pula boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut (tidak akan dikembalikan):

  • Resume beserta gambar terkini berwarna bersaiz pasport; dan
  • Salinan sijil SPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda serta sijil-sijil lain yang berkaitan.

 

Dokumen-dokumen ini kemudiannya hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dan dicatatkan PERSONEL MYSTEP di sebelah atas kiri sampul serta dihantar ke alamat:

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 9, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Encik Haru Rama Thever a/l Suppiah)

Selain cara penghantaran surat, permohonan juga boleh dihantar secara e-mel ke alamat: [email protected].

Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 04 Mei 2021 (Selasa)

______

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Dalam situasi ekonomi semasa…
Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi topik perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia.…