Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
- PENOLONG PEGAWAI TANAH NT36
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji Permulaan: RM1,493 – RM1,846.15
- PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29/32
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,493 – RM5,696
- PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29/32
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,549 – RM5,684
- PEMBANTU AKAUNTAN KANAN W22
- Taraf Jawatan: Kontrak
- PEMBANTU TADBIR (PENTADBIRAN DAN OPERASI) N19/22
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,352 – RM4,003
- PEMBANTU AKAUNTAN W19/22
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,353 – RM4,005
Syarat-syarat Kelayakan
- Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dilaksanakan dengan mengemukakan resume bergambar, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen yang berkaitan ke e-mel: [email protected] atau secara pos/serahan tangan ke alamat:
Pengarah Eksekutif
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 1, Blok B, Wisma Sri Pahang
25503 Kuantan
Pahang Darul Makmur
No. Tel : 09-5156303/09-5129413
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 15 SEPTEMBER 2022, KHAMIS.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI.