Pengambilan jawatan kosong besar-besaran di MBPP bagi September 2022: Gaji sehingga RM9,643

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong besar-besaran bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. ARKITEK LANDSKAP GRED J41
    • Gaji: RM2,529 – RM9,643
  2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753
  3. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29
    • Gaji: RM1,498 – RM5,678
  4. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  5. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29
    • Gaji: RM1,498 – RM5,678
  6. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19
    • Gaji: RM1,360 RM4,052
  7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  8. PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP19
    • Gaji: RM1,360 – RM4,052
  9. PEMBANTU PENILAIAN GRED W19
    • Gaji: RM1,353 – RM4,005
  10. PEMBANTU OPERASI GRED N11
    • Gaji: RM1,216 – RM2,983
  11. PEMBANTU AWAM GRED H11
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939
  12. PENGHANTAR NOTIS GRED N11
    • Gaji: RM1,216 – RM2,983
  13. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
    • Gaji: RM1,205 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dilaksanakan secara atas talian (online) di Sistem e-Perjawatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 02 SEPTEMBER 2022, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

Warga emas merupakan sebahagian penting daripada masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan pengalaman yang tidak ternilai dalam membangunkan…
RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan satu fasa penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sahaja menandakan permulaan kepada pengembaraan…