Pada ketika ini, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
- PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENSYARAH MUAMALAT) GRED S9
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM2,250 – RM11,110
- PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S9
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM2,250 – RM11,110
- PEGAWAI TADBIR (EDITOR) GRED N9
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM2,250 – RM11,110
- PEGAWAI TADBIR (PENGURUSAN HARTA) GRED N9
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM2,250 – RM11,110
- PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S5
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,650 – RM6,620
- PENOLONG PEGAWAI TANAH NT5
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,650 – RM6,620
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,650 – RM6,620
- PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S1
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,500 – RM4,680
- PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,500 – RM4,680
Syarat-Syarat Kelayakan
- PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENSYARAH MUAMALAT) GRED S9
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM 2,250.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM 2,470.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Calon hendaklah mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Bidang Muamalat atau Pengurusan Perniagaan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau Jabatan Perkhidmatan Awam serta mempunyai Diploma Tahfiz lebih diutamakan.
- PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S9
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM 2,250.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM 2,470.00). - Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- PEGAWAI TADBIR (EDITOR) GRED N9
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM 2,250.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM 2,470.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- PEGAWAI TADBIR (PENGURUSAN HARTA) GRED N9
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM 2,250.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM 2,470.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S5
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM 1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM 1,650.00); atau
- Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM 1,893.00)
- PENOLONG PEGAWAI TANAH NT5
- Sijil dalam bidang Perancang Bandar dan Wilayah atau bidang berkaitan atau Sijil Ukur Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred NT5: RM 1,650.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan atau Diploma Ukur Tanah atau Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred NT5: RM 1,974.00).
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM 1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM 1,650.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM 1,893.00).
- PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S1
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; serta
- Lulus dalam subjek Bahasa Arab, Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi). (Gaji permulaan pada Gred S1: RM 1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S1: RM 1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM 1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM 1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM 1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM 1,622.00).
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan-pautan yang disediakan di hebahan rasmi.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Calon disarankan meneliti syarat-syarat kelayakan dan memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan.
Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 15 MAC 2025.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.