Perkhidmatan Awam

Pengambilan Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Negeri: Tarikh Tutup 09 April 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang. sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang

  1. PENOLONG JURUAUDIT GRED W5 (KONTRAK)
  2. JURUAUDIT GRED W9 (KONTRAK)
  3. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L9 (KONTRAK)

Syarat-Syarat Kelayakan

PENOLONG JURUAUDIT GRED W5 (KONTRAK)

  • Sijil dalam bidang Pengajian Perniagaan atau Penyimpanan Kira yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau• Diploma Perakaunan atau Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, Kewangan atau Perbankan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang Pentadbiran Kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. • Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

JURUAUDIT GRED W9 (KONTRAK)

  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau• Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.; atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. • Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L9 (KONTRAK)

  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Sijil Amalan Guaman; atau
  • Barrister-at-law-England; atau
  • Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority.
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Portal SPA Pahang. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 09 April 2025. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) ditubuhkan pada tahun 1960. Suruhanjaya menguruskan perlantikan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri secara Tetap, Sementara, Kontrak, Tukar Sementara dan Pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat perlantikan. Suruhanjaya boleh memberikan perwakilan kuasa kepada Kerajaan Negeri/ Jabatan bagi melantik pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam samada dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

Suruhanjaya juga berkuasa mengesahkan Anggota Perkhidmatan Awam dalam jawatan, menlanjutkan tempoh percubaan, mengembalikan ke jawatan asalnya atau menamatkan perkhidmatan kerana kegagalan disahkan dalam jawatan.

Suruhanjaya turut menguruskan kemasukan ke dalam jawatan berpencen kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri yang telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diambilkira sebagai perkhidmatan berpencen untuk tempoh tidak kurang daripada tiga tahun.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM200 Dikreditkan Automatik Ke Kad Pengenalan (MyKad): Ini Cara Semak Kelayakan

Bantuan RM200 Dikreditkan Automatik Ke Kad Pengenalan (MyKad): Ini Cara Semak Kelayakan

Golongan B40 merujuk kepada kumpulan 40% isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, B40 terdiri daripada isi…
STR RM650 Telah Dikreditkan Ke Akaun Atau Pengambilan Tunai di BSN: Ini Senarai Penuh Penerima

STR RM650 Telah Dikreditkan Ke Akaun Atau Pengambilan Tunai di BSN: Ini Senarai Penuh Penerima

Golongan B40 dan M40 merupakan kumpulan utama dalam struktur ekonomi Malaysia, masing-masing merangkumi 40% penduduk berpendapatan rendah dan sederhana. Kedua-dua…
Bantuan RM500 Dibayar Khamis Ini (27 Mac 2025): Senarai Penuh Penerima Bantuan Khas Aidilfitri

Bantuan RM500 Dibayar Khamis Ini (27 Mac 2025): Senarai Penuh Penerima Bantuan Khas Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri, atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Puasa, merupakan perayaan utama bagi umat Islam di seluruh dunia, termasuk…