Jabatan Kesihatan

Pengambilan jawatan kosong di Jabatan Kesihatan Negeri: Kelayakan SPM, Tawaran Gaji RM1,600

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

  • Jenis Jawatan: Personel mySTEP
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM1,600
  • Manfaat: Caruman KWSP, Caruman PERKESO, Cuti Rehat & Cuti Sakit.

 

MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dibuat dengan mengemukakan resume bergambar, Salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sijil-sijil berkaitan yang disahkan ke e-mel: [email protected].

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 09 DISEMBER 2022, JUMAAT (12 TENGAH HARI).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong POS Malaysia Berhad: Tawaran Gaji Sehingga RM2,499

Jawatan Kosong POS Malaysia Berhad: Tawaran Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, POS Malaysia Berhad kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Di Malaysia, golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah yang berada pada kedudukan terendah dari segi pendapatan. Mereka kebiasaannya…
RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…