Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
PENOLONG GURU TABIKA – GRED N11
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM1,216 – RM2,983
- Elaun:
- Imbuhan Tetap Perumahan RM300
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM95
- Bantuan Imbuhan Sara Hidup (BISH) RM200 – RM350
Syarat-syarat Kelayakan
- Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Portal Rasmi JPNIN dan kemudiannya hendaklah disertakan bersama:
- Gambar terkini (berukuran passport);
- Salinan MyKad;
- Salinan Sijil Kelahiran;
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
- Salinan Sijil PMR/PT3;
- Sijil Digital Vaksin C-19;
- Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.
Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:
PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
NEGERI SELANGOR
TINGKAT 9, WISMA PKPS
PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14
40517 SHAH ALAM
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.