Pengambilan jawatan kosong di Kementerian Pembangunan Luar Bandar: Gaji RM1,800/sebulan

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

JAWATAN MYSTEP

  • Gaji: RM1,800/sebulan;
  • Manfaat: Cuti Sakit, Cuti Rehat, Carumah KWSP dan Caruman PERKESO;
  • Penempatan: Cawangan Pengursuan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

 

MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Terbuka untuk calon lelaki sahaja;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik Diploma Multimedia dan Diploma Reka Bentuk Grafik;
  • Seorang yang berketerampilan menarik;
  • Seorang yang berdisiplin dan berdedikasi.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan menghantar resume berserta gambar ke alamat e-mel: [email protected] atau [email protected].

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 28 FEBRUARI 2022, (ISNIN). 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…