Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Jurukur Tanah Malaysia kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
PERSONEL MYSTEP GRED J41
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Kekosongan: 6
- Gaji: RM2,000
MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca juga:
- Pelbagai jawatan kosong di CEPS, UiTM: Terbuka di banyak lokasi, Gaji sehingga RM5,672
- Temuduga terbuka banyak jawatan kosong di KTMB: Tarikh temuduga & senarai jawatan ditawarkan
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dibuat dengan mengemukakan permohonan secara bertulis serta butir-butir diri (resume) yang lengkap, nombor telefon untuk dihubungi beserta salinan-salinan sijil berkenaan yang telah disahkan, salinan MyKad dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) ke alamat:
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Jurukur Tanah Malaysia
Aras 5-7, Wisma LJT, Lorong Perak
Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-41085191 No. Fax: 03-41085178
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 30 NOVEMBER 2022, RABU.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk DI SINI.