rela

Pengambilan jawatan kosong di RELA dengan gaji RM1,700/sebulan: Kelayakan minima SPM

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Muar kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan RELA

PERSONEL MYSTEP

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Kadar Upah: RM1,700/sebulan
  • Kemudahan: Caruman KWSP, Caruman PERKESO, Cuti Sakit & Cuti Rehat
  • Tempat Bertugas: Pejabat RELA Daerah Muar

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Mempunyai kemahiran dalam Microsoft Word, Excel & Powerpoint;
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik;
  • Mempunyai kemahiran dalam tugas media;
  • Mahir mengendalikan media sosial dan aplikasi Al;
  • Boleh berkomunikasi dengan baik.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menghantar resume ke alamat e-mel: pejabatrelamuar@gmail.com. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Tarikh tutup permohonan pada 20 MEI 2024 (ISNIN).

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak majikan. Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) adalah sebuah pertubuhan yang bercorak kesukarelawanan untuk membantu pasukan keselamatan dalam gerakan menentang musuh-musuh negara dari dalam dan luar negeri. RELA ditubuhkan pada 3 Julai 1972 di bawah ‘Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966 dan asas wujudnya RELA bermula sejak tahun 1948, apabila Pertubuhan Kawalan Kampung atau “Home Guard” dibentuk semasa darurat pertama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 1 Januari 1972, Tun Dr. Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengarahkan supaya Pasukan Kawalan ini disusun semula dan diberi corak baru sejajar dengan dasar dan perkembangan negara.

Pada 25 Jun 2012 pula, Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 Akta 752 telah diwartakan sebagai punca kuasa RELA berkuatkuasa pada 22 Jun 2012. Nama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia juga telah ditukar kepada Pasukan Sukarelawan Malaysia selaras dengan akta tersebut. Pada 28 Ogos 2013, RELA telah dinaiktaraf menjadi sebuah Jabatan Persekutuan dan dikenali sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

RELA kini sedang melalui arus transformasi ke arah sebuah Jabatan yang unggul dan perkasa apabila peranannya tidak lagi hanya dilihat tertumpu kepada situasi darurat atau bidang keselamatan semata-mata, malah menjurus kepada situasi dan kehendak semasa yang meliputi keselamatan, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kesatuan dan perpaduan negara.

Syarat-syarat asas menjadi anggota RELA adalah warganegara Malaysia; berumur 18 tahun dan ke atas; bukan seorang anggota Angkatan Tentera; dan bukan seorang daripada mana-mana pasukan atau skim sukarelawan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Faedah-faedah sebagai anggota RELA pula adalah seperti berikut: caj rawatan dan kemudahan wad percuma bagi anggota-anggota yang terlibat dalam kemalangan ketika bertugas; perlindungan insurans sekiranya terlibat dalam kemalangan ketika bertugas; latihan percuma di pusat-pusat latihan; elaun latihan dan bertugas RM8 sejam; uniform diberikan secara percuma; dan keahlian adalah percuma.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…